Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, October 17

Cara Minum Air Lemon Yang Betul Setiap Pagi Untuk Mendapat Khasiat Dan Manfaatnya

Sebiji buah lemon memberi khasiat kesihatan kepada tubuh badan kita. Ada banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan dari sebiji lemon. Dan kita semua tahu air lemon yang diminum setiap pagi selepas bangkit dari tidur dapat memberi tenaga pada tubuh badan dan kesihatan yang baik.

Para pakar menyatakan yang kita perlu meminum air lemon setiap hari kerana jus dari lemon itu mengandungi kandungan nutrien antioksida, protein , vitamin B dan C, flavanoid, posporus, potasium, karbohidrat dan minyak berkhasiat.
Jus lemon yang sangat menyihatkan ini boleh bertindak sebagai antibakteria, antiviral dan membina sistem imun yang lebih baik. Ia juga menaikkan tahap ketahanan dalam sistem imun, melawan sebarang jangkitan penyakit oleh kerana ia mengandungi tahap bioflavonoids, pectin dan limonen yang tinggi. Ia juga mengandungi kandungan asid sitrik, kalsium, magnesium serta vitamin B dan C yang tinggi.

Apabila anda meminum segelas air lemon yang suam dengan perut yang masih kosong setiap hari pada waktu pagi ia akan membantu anda membuang toksin di dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga membantu membina alkali dengan menyeimbangkan kadar pH di dalam badan.
Adakah anda tahu dengan meminum satu cawan dengan jus lemon yang segar setiap hari ia akan membekalkan 187 % pengambilan vitamin C yang disyorkan dalam sehari.

Malangnya , kebanyakan dari kita akan melakukan kesilapan yang biasa apabila menikmati segelas air lemon iaitu dengan membuang kulit buah lemon dan mengambil jusnya sahaja.

Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia merupakan satu kesilapan yang besar.

Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris sebiji lemon, memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada panas atau sejuk dengan membuang kulitnya.

Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resepi air lemon yang betul:

🍋Ambil 2 biji yang segar sebaiknya yang organik.

🍋Potong dengan hirisan yang halus mengikut kehendak anda.

🍋Perahkan hirisan lemon itu tadi menjadi jus di dalam sebuah bekas.

🍋Setelah itu , parutkan kulit lemon yang telah diperah tadi ke dalam air lemon.

🍋Anda boleh meletakkan lebihan hirisan lemon tadi di dalam botol pengisar, mag atau cawan kembara.

🍋Penuhkan bekas jus lemon itu dengan air panas untuk air lemon yang panas atau dengan ais menjadi air lemon yang sejuk. Letakkan sedikit madu untu menambah kemanisan jika mahu. Atau boleh sahaja diminum kosong .

Pakar pemakanan menyatakan yang air lemon akan dapat memperbaiki proses penghadaman . Ia juga membantu melambatkan penyerapan makanan, di mana ia dapat mengekalkan tahap penyimpanan insulin di dalam badan dan memastikan badan menyerap zat makanan dan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan pada waktu pagi untuk kita memulakan hari dengan baik dan mengurangkan kadar penyejatan air di dalam badan.

Jadi pastikan kita meminum air lemon setiap hari untuk kesihatan badan yang lebih baik. Pastikan anda mendapat zat dari air lemon dengan parutan kulitnya sekali.

via : kuali panas

 lemonex

 lemonex

Read more...

Saturday, July 16

$$$Extra Money$$$

Bila saya search internet antara keywords yang tinggi traffic adalah earn extra money kalu cakap melayu nyer nak cari pulus lebih2 sikit...harap duit gaji tiap2 bulan memang tak cukup..Tengah melilau wat blogwalking tetibe jumpela beberapa info yang sangat best untuk dikongsi ngan readers semua..lets take a look ape yg sy nak share hari ni..

40 cara untuk mendapat $$$Extra Money$$$...
Part 1
1.Blogging- Namun cara ini ambil masa sedikit, kene usaha lebih dengan consistent effort, rajin follow memfollow, get as much as traffic to your blog. kemudian boleh add on lagi dengan tempekkan google ads dan Nuffnag...tp the bottom line is u must have lots lots of readers...so pepandaila cari topic yg org ske nak bace like kongsi resepi..yg ni memg org suke terutamenye org pompuan..nak2 yg br kawen n tataw masak cm saye...(sy mengaku)..ngeee...::shame::
2.Membersih Rumah- Haa..ni bkn bersih rumah anda tp rumah org yg memelukn servis pmbersihn biasanye hujung minggu..kalu kat tempt sy sebuah rumh die charge dlm 50-60rm..lumayan jgk kan...
3.Potong Rumput - Silalah offer servis memotong rumput di tempat anda..org sekarang dah takde mase dah nak memotong rumput ni..paling diorg simen je laman diaorg tu
4.Jualan Garaj- Ape kate kalu ader barang2 lama yg STILL ELOK lg dan sayang la plak kite nak buang, so pe kate wt garage sale...memang berbaloi-baloi..
5.Mystery Shopper - Ini mudah..membeli-belah atau wt survey contoh survey di petrol pump then u all ceritakan pengalaman anda sepanjang berada di situ...lebih kurang pengalaman saya di Shell petrol pump..(contoh ye) - biasanya dia akan suh survey berkaitn layanan pekerja, susunan brg2 dirak kedai, kebersihan toilet, dll.
6.Tuisyen - Offer tuisyen pada anak2 jiran, dah yakin br kembgkan pada scale yg lebih besar..
7.Kumpul tin kosong - Bunyi cm lawak je dan kotor..tp nila cara sy kecik2 dulu nak dapt duit msk tabung, sikit je daptnye..agak2 dah banyak juai kt "keling botol"..tp ok la sape nak bg kan..tp bukan takat tin aje, botol2, botol minyak masak, besi2..>>jgn kau rembat jiran sebelah punyer dah lah...dengan izin boleyy..heee..Jgn tak tau ader minah omputih leh jana $73,000 dengan mnjual aluminium cans sahaja..menarik ke idok...dont play2 yer..
8.Bina Website/ Blog - Offer servis membina laman web pada public..lagi cantik kalu yg pandai design mendesign gn photoshop, design logo untuk company...lagi mantop..
9.Jd Baby Sitter - Yg ni mudah tapi risiko pun ader..lengkapkan diri dulu, tanya samaada mampu atau tidak menjaga baby, nak layan kerenah baby nak2 yg lasak,kne bnyk sabr...kalu anda jenis yg memang sayang pd dak kecik, ini adalah biz yg sesuai untuk anda
10.Perkhidmatan Mengecat rumah - Yg ader skill mengecat tu leh la meiklankan kebolehan anda mengecat rumah di mudah.com contohnya, dari segi charge sy tak tau tp sy try2 survey dah dapat saya update di sini ya....

Read more...

Tuesday, December 8

SI PISAU CUKUR



Hari ini kita bercerita tentang Pisau Cukur..movie ni tak sempat nak tengok lagi...kelantan mane ader wayang weiiii laaaa....kalu sebut pisau cukur mesti dikaitkan dengan kaum hawa, wanita, perempuan dan yang sewaktu dengannya..nyah tu tolak tepi okey...(kalu ader tataw la plak kan)... kesimpulannya wanita la kan..Masa sy kerja di kl dulu ade gak member yang tak berapa close sangat yang berpewatakan ala2 pisau cukur..sume barangan die branded2..tak main la brand cikai2 setakat carlo rino tu langsung tak pangdang, bawak keta besar, pokoknya sume besar2..dari apa yang member sy yg senior (minah kepoh nih) bgtau die ni bukan anak orang kaya, parents orang felda (1 kampung)..tapi bergaya mengalahkan mak datin. Tapi sy kata biarlah duit dia, dia penat2 kije apa salahnye dia nak reward diri sendiri dengan beli apa yang die suke..(berfikiran positif sentiasa ok....)..cept2 si minah kepoh ni bangkang...uihhh....itula engkau tak tau, kalu die gune duit die tak pela. aku tak heran tapi.....sambil berbisik...sok..seh...die kikis duit boifren die yg keje dispatch tuuuu..ahhh sudah!!! Memang kepoh la kak kepoh ni, kendian die sambung, member sy tadi ader pasang lagi satu...handsome..keje boleh tahan tapi si kawan pompuan sy tadi yang menyara dia....alamak complicated suda ini cerita....

Fening...fening.....mungkin akak tu nampak ke blur an sy then die pown amik kertas wat ala2 peta minda...sungguh berdaya maju akak kepoh ni bergosip kan...lebih kurang ginila lakaran die..(setelah dipotong dan diringkaskan), kalu bg yang ori kompom korang plak yang fening..

lelaki despatch>>>>>dikikis>>>>Pompuan X>>>>>dikikis>>>>>>lelaki ke 2

Sy tataw nak jawab ape..just mengangguk jela kan...sy jenis tak pandai nak gosip lebey2..so kesimpulan yang boleh saya katakan adalah siannya mamat dispatch tue, (tapi bangang pown ado)...yelakan kalu sayang pown jangan la perabis duit kat dier, nampak muke pun tau jenis yang tak setia...kesian...kesian...kesimpulan kedua adalah kalau kita lihat daripada hierarchy di atas (ewahhh)...kita paham pompuan itu mengikis dan dikikis...die juga menjadi mangsa kikisan...so..kesimpulan paling bermakna...what you give, you get back.. ok...sendiri mau ingat la ye...


Oh ye....pd yang blur2 maksud Pisau Cukur ni, jom saya share skit maksud pisau cukur dan cara nak kenal pasti individu pisau cukur ni...kalu yang terasa tu nasib la yer..hehehe..Menurut Dr Mariani Md Nor, Pensyarah kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, "pisau cukur" membawa maksud individu yang mengaut keuntungan tidak kira dalam bentuk wang ringgit atau kebendaan bagi tujuan untuk hidup mewah bukan setakat hanya mendapat keperluan asas saja, malah boleh dikategorikan sebagai mengikis harta orang lain dalam apa cara sekali pun.


"pisau cukur" membawa maksud individu yang mengaut keuntungan tidak kira dalam bentuk wang ringgit atau kebendaan bagi tujuan untuk hidup mewah bukan setakat hanya mendapat keperluan asas saja, malah boleh dikategorikan sebagai mengikis harta orang lain dalam apa cara sekali pun.


Ciri-ciri si 'PISAU CUKUR'


1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila
usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk di bidas.


Kesimpulan : Gunakan pisau cukur untuk mencukur apa yang patut sahaja...cepat..dapatkan pisau cukur cap boya di kedai berhampiran dengan anda




Catatan Admin : Sekarang ni same jerk lelaki ke pompuan..sesame aktif mengikis...Eh...ape gelaran untuk lelaki yang jenis pisau cukur? pisau cukur jugak ker? Ader sikit ciri-ciri di atas kene batang idung admin...adakah admin si pisau cukur...ohhh...tidak!!!

Read more...

Sunday, December 6

Wanita Dan Rokok : COOL atau SEKSI?

ISU mengenai peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik perbualan apabila kajian mendapati bilangan wanita yang merokok di negara ini telah meningkat 100 peratus pada 2003 berbanding pada tahun 1996.



Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.
Di mana sahaja kita pergi ada sahaja wanita yang tidak segan silu merokok di khalayak ramai dan mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bagi yang Melayu, ke mana hilangnya adat ketimuran mereka kerana langsung tidak ada sedikit segan atau malu apabila perlakuan mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.

Mereka yang merokok bukan sahaja terdiri wanita dewasa sahaja, tetapi kini, pelajar sekolah pun sudah berani berjinak-jinak dengan perbuatan tersebut yang mengundang pelbagai risiko dan juga akibat.

Habis waktu sekolah mereka berkumpul di tempat yang agak tersembunyi dan juga sama-sama merokok. Ada juga yang pada mulanya tidak tahu bagaimana melakukan perkara ini, tetapi apabila mereka menjejakkan diri di institusi pengajian tinggi, mereka mula terpengaruh dengan hasutan rakan sekeliling yang lebih berpengalaman.

Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Salah satu faktor kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan juga persekitaran.
Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.

Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan.

Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka.

Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej, ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.
Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini merokok.

Ia sudah menjadi trend golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan wanita percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, jika wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu kebanggaan.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.

Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang [b]mengandungi 4,000 bahan kimia[/b] berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.

Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang.

Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.

Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.

Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.





Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.

Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.
Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.

Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.



Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki.


Katakan TAK NAK pada ROKOK!!!


Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP