Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Wednesday, December 2

Bekas Miss Argentina Mati Akibat Pembedahan

Terkejut pagi2 ni dengan berita kematian bekas Miss Agentina, Solange Magnano yang mati akibat cosmetic surgery / pembedahan plastik. Magnano, berumur 38 tahun, merupakan Miss Argentina pada thn 1994 sudah berkahwin dan memiliki anak kembar berusia tujuh tahun. Beliau menjalani pembedahan Khamis lalu di sebuah pusat pembedahan plastik di ibu negara Beunos Aires. Kematian mengejut beliau adalah disebabkan oleh pulmonary embolism atau blocked artery in the lung (kompilasi paru-paru), dan kemuadiannya disahkan mati pada ahad yang lalu.


Tragik betul..dilaporkan industri medical tourism diArgentina berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ni dan penyumbang utamanya adalah melalui industri pembedahan plastik. Sehinggakan 1 daripada 30 orang rakyatnya membuat procedur pembedahan plastik, tak kirala nak bg idung mancung, pipi naik, bibir cam Angelina Jolie....uihh...dan macam2 lagila...sy rase mesti kos pembedahan plastik kat sana murah ni kan...kalu tak takkan la orang berduyun2 nak bedah sana sini...haa...awak2 yang bace post ni jangan plak nak ke Argentina plak pas ni...bersyukur la dengan apa yang ada k...

Ini merupakan kata-kata, Robetto Piazza, seorang pereka fesyen dan juga teman rapat Magnano yang pernah muncul sebagai model dalam satu pertunjukan fesyen rekaan beliau...

"A woman who had everything lost her life to have a slightly firmer behind."

atau dalam bahasa malaysianya,


"Wanita cantik ini sebenarnya sudah memiliki segala-galanya, tetapi mati kerana beliau mahu memiliki punggung yang lebih menarik."

"Beliau menjalani pembedahan berkenaan kerana menyangka ia selamat," kata Guillermo Azar, rakannya yang juga dari dunia fesyen.

Sementara itu, bekas presiden persatuan pembedahan plastik, Juan Carlos Seiler, menyifatkan doktor yang melakukan prosedur terbabit mungkin bukan profesional dari pusat pembedahan plastik yang disahkan.

Magnano dilaporkan menjalani pembedahan yang membabitkan suntikan sehingga cecair berkenaan memasuki paru-paru dan otaknya. Majlis pengebumian Magnano kelmarin, turut disiarkan melalui televisyen Argentina.

Dr Gonzalo Cotes Tristan, berkata mangsa dikejarkan ke hospital beliau dalam keadaan sukar bernafas kerana paru-paru tersumbat.

1 Sharing is Sexy:

tratemarq Monday, January 18, 2010 2:00:00 PM  

bedah-bedah je dorang ni..,tak tao kata dah cantek dah!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP