Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, December 1

HAHAHA...Jom Pakat Ketawa...

"Ketawa sihatkan badan"




KAJIAN terkini menunjukkan kegembiraan biarpun cuma sedikit, mampu meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Berikut antara kaedah yang boleh diikuti untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh masing-masing.

Caranya mudah saja, renunglah seketika:

  • Keluar bersama rakan, dua atau tiga kali seminggu.

Usah rasa bersalah menghabiskan waktu bergembira seketika bersama rakan. Penyelidik di Universiti California, San Diego, mendapati wanita yang mempunyai rangkaian sosial yang luas (lebih daripada enam kenalan rapat) mempunyai berat badan yang berkurangan manakala kadar merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan kemurungan juga berkurangan berbanding wanita yang mempunyai bilangan kenalan rapat yang kurang daripada jumlah itu.

Wanita yang ramai kenalan rapat itu juga dikatakan mempunyai risiko sakit jantung yang lebih rendah. Bukan itu saja, kajian di Universiti Wisconsin diterbitkan Disember lalu menunjukkan wanita yang mempunyai kenalan rapat, mempunyai kadar interleukin-6 darah (sejenis protein dikaitkan dengan penyakit Alzheimer, rheumatoid arthritis dan barah) yang rendah.


  • Minum tiga cawan kopi sehari.
Mengambil tiga cawan kopi sehari (lapan auns setiap cawan) mengurangkan risiko penyakitParkinson sebanyak 40 peratus dan penyakit Alzheimer sebanyak 20 peratus.

Jika ketagih kafein di tengah hari pula, cubalah minum teh. Ia membantu mengurangkan risiko barah ovari sebanyak 46 peratus, mungkin disebabkan kandungan antioksida dalam teh, begitu menurut kajian dari Sweden.


  • Ketawa juga boleh menjadi senaman menyihatkan untuk anda.

Jurnal Perubatan Britain diterbitkan Februari lalu menyatakan menonton cerita kelakar boleh menyebabkan saluran darah mengembang lebih baik manakala filem yang membuat penonton rasa tertekan akan menyempitkan saluran darah sekali gus menghalang pengaliran darah yang baik.

Profesor yang juga penyelidik ketawa di Sekolah Kesihatan Awam dan Perubatan, Universiti Loma Linda, California, Lee Berk, berkata apabila seseorang itu ketawa, badan akan membebaskan endorfin iaitu bahan kimia yang membantu melawan kesan tekanan.

Kajian turut mendapati, hanya dengan membayangkan perkara kelakar, ia boleh meningkatkan mood serta pengeluaran endorfin tubuh sebanyak 25 peratus.


  • Jika ramai yang bercakap mengenai tidur menyihatkan selama lapan jam, ada pula kajian menyatakan tujuh jam tidur paling baik untuk kesihatan.

Kajian pada 2002 melaporkan wanita dan lelaki yang tidur kira-kira tujuh jam satu malam mempunyai kadar kematian paling rendah.

“Secara purata wanita tidur kira-kira enam setengah jam ke tujuh jam, hampir dengan jumlah jam tidur yang mencukupi. Kami dapati, sekurang-kurangnya 15 peratus peningkatan risiko meninggal dunia di kalangan wanita tidur lebih daripada lapan jam atau kurang daripada empat jam,” kata Profesor Psikiatri Universiti California, Dr Daniel Kripke.

Menurutnya, jika seseorang itu cuma tidur enam atau tujuh jam tetapi berasa segar dan bertenaga, tiada apa yang harus dirisaukan.


Ketawa itu menyihatkan....tapi jangan ketawa sambil makan..nanti tercokik..
lain plak ceritanya..

  • Makan depan komputer? Nampak mudah dan menjimatkan masa. Tetapi jika anda meluangkan waktu hanya 15 ke 20 minit di luar pejabat, ia lebih bijak.

Cahaya matahari boleh meningkatkan mood, menjadikan diri anda lebih produktif untuk waktu berikutnya serta membantu mencegah penyakit.

Vitamin D mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko beberapa jenis barah termasuk usus, payu dara, prostat dan ovari.

Terdedah selama 15 hingga 20 minit di bawah cahaya matahari setiap hari membantu tubuh untuk mengeluarkan vitamin D yang boleh meningkatkan sistem ketahanan badan.


"Senyumlah...senyumlah...ahai....Cik Mek Molek"


Lau gigi takde pown, tetap kene senyum dan ketawa...indahnya dunia..
keep smiling ya uncle..(ske la pokcik tu masuk blog mengancam ni ^-^ )


  • Menjaga kebersihan gigi dan gusi juga banyak kepentingannya termasuk membantu melindungi diri daripada penyakit.

Kajian di New York membabitkan 657 orang yang mempunyai sejarah sakit jantung menunjukkan mereka yang mempunyai kadar bakteria paling tinggi di dalam mulut boleh meningkatkan penebalan saluran darah dan meningkatkan kadar sel darah putih.

Dua aspek itu boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Bakteria itu dikatakan melalui saluran darah sekali gus menyebabkan radang pada dinding saluran darah dan saluran darah menjadi lebih sempit.

Oleh itu, berjumpa doktor setiap enam bulan untuk membersihkan gigi terutama jika anda mengambil pil pencegah kehamilan atau hamil. Ini kerana, perubahan hormon boleh menyebabkan anda lebih sensitif pada plak dan bakteria yang boleh menyebabkan radang pada gusi.



Catatan Admin : Pada mereka2 yang susah nak senyum tetambah ketawa tu..blajar la senyum..tak rugi pown, jika berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah plak..tapi watch out ya babe2 sekalian..Ketawa, ketawa juga tapi jangan over2 sudah..berpada2 okeh. Saidina Ali k.w menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau bagi menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu ketawa dan terus ketawa secara keterlaluan. Jaga diri hiasi peribadi...selamat senyum...

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP