Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, December 1

Argggghhh...PERUT BUNCIT!!

Ngah best2 sapu buttercup pd roti sambil layan lagu Marsha, tetiba dengar suami menjerit lam bilik...sy panikla..ape hal kan pagi2 naik hantu..takkan tak jumpa cari stoking kot?seluar koyak? dah lambat nak g kerje? lipas masuk dalam seluar ker? baju berlubang ker? tapi takkkan sebab tu nak melenting..mustahil la sebab die bukan jenis panas baran...

Sy berteka-teki sorang2 sambil membuat larian ala2 Watson Nyambek...lambat plak rasenya nak sampai ke bilik ni sedangkan bilik ngan dapur berape jengkal aje pown...dengan semangat kesukanan akhirnya sy sampai jugak la dalam blk..sy tengok die ngadap cermin, sambil posing2 ala2 model seluar dalam dan berkata dengan sore manjer kucing meow2.. "yang...buncitnyer perut abang"....hmmm....sabar ajer la...tak terkate sy..tk pasal2 peluh wanitaku keluar...kalu hari2 camni mau sakit jantung sy dibuatnya.

Pas suami g kerja, saya godek2 la tenet..cari artikel berkaitan perut buncit nie....sebenarnya masalah perut buncit ni bukan masalah pada lelaki je..sy ni pown dah ber spare2 tyre kat perut ni...godek punyer godek jumper la artikel yang berkenan dihati..ok, di sini saya compile kan tips dan petua org dulu2 untuk menangani masalah perut yang semakin mencomelkan diri tu..Apa kata kita praktik sama2 ngan pasangan or member2 tips dan petua ni coz kalu wat sorang2 kadang2 tak menjadi...kejap jer pastu tak buat la jawabnyer...kite ni hangat2 taik ayam kekadang tu...kalu wat secara berjemaah ni ada la orang yang mengingatkan bile kite lupe or mase time kite buat2 lupe...(malas la tu)...hehe...Njoy ^-^




TIPS Mengatasi Perut Buncit


  • Bersarapan Dengan Yogurt
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit. Amboih..cam orang puteh plak rasenyer..okla 2 hari2 nasi lemak, roti canai...tukarla menu sihat skit...(marah pada diri sendiri)

  • Jangan Gelojoh
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit. Lagipun memang buruk pun makan gelojoh nie...tercekik kang kan susah, pelan2 sudah.

  • Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan. Plus ++ jimat tenaga dan wang untuk membeli garam..jimat duit lakiku..

  • Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

  • Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.


PETUA Mengempiskan Perut Buncit


Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)

1. Ambil sedikit kapur makan (jangan kapur barus plak...lain lak jadinyer kang) dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.


Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)

1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : TAKNAK GULA!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.


Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)

1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.



Catatan Admin : Sy decide nak cuba petua no 2..kapur2 ni leceh lak rasenye..tapi terpulangla pada anda semua..saya berkongsi, anda merasa...then sama2 cuba dan amalkan...selamat mencuba...

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP