Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, December 1

MANDI jangan TAK MANDI

Malasnyer nak mandi tetambah musim hujan ni...kalu boley tanak kuar2 dari comforter ni..nak membuta sampai pagi esok pown ok nie, al maklumla sy kan suri rumah yang berdedikasi sepanjang zaman...kihkih..


Berdedikasi hape kalu duk ber 'comforter' sampai siang...tak leh2..kene bangun untuk memajukan diri....ok bukak laptop....ni sy nak share artikel mengenai mandi...best2...bacela mesti korang rase cam nak mandi setiap 5 saat...hahaha...



Jangan cuci mata cam citer P.Ramlee 2 jer...cuci satu badan haa..


Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;


Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Stres:
Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.


Sekadar Hiasan : Bilala nak merasa bilik air cenggini...mungkin bila dah
bergelar suri rumah jutawan mungkin...Ameen


Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit..


Catatan Hubby Admin : Sila mandi sebelum anda dimandikan...

Catatan Admin : Uih...gerun la plak.....

1 Sharing is Sexy:

binarydigit Monday, January 18, 2010 2:05:00 PM  

Sila mandi sebelum anda dimandikan...hua hua hua..,ngeri x admin?

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP