Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Thursday, December 3

Tips Ubahsuai Ruangan Dapur


Meja makan yang sy tempah sebulan lepas akhirnya tiba jua..penat menunggu, makan pown kat atas lantai je..hehehe...bila bende dah ade, taktau plak nak deco cemane...kene panggil eric ni, tapi persoalannya mampukah?jawapan yang pasti tak mampu..hehehe...so kne buat sendiri...search tenet...segalanya dihujung jari anda..ruang dapur kecil jer, so kene la praktikkan konsep minimalis (hampir) dan ciri deco dapur itu haruslah praktikal, menarik dan nampak kemas..jom layan artikel berkenaan ubahsuai ruang dapo ni..Njoy ^-^..


Gaya hidup yang berbeza turut mempengaruhi penggunaan dan fungsi ruang dapur. Perkembangan dapur dewasa ini menjurus kepada rekaan lebih praktikal dan sesuai dengan fungsinya pada kediaman.

Bagi pemilik kediaman yang suka memasak, pastinya inginkan dapur yang menarik dan serba praktikal. Ia bukan lagi sekadar ruang mempamerkan koleksi peralatan dapur sahaja. Sebelum melakukan sebarang ubah suai, ada baiknya anda meneliti beberapa perkara seperti:

  • Tanya pada diri, apa yang anda suka dan tidak suka pada dapur anda.
  • Perkara yang anda tidak boleh lakukan di dapur. Adakah ia boleh diperbaiki atau perlu diubah?
  • Jika anda suka memasak, berapa kerap anda memasak dalam sebulan?
  • Selalunya anda memasak untuk berapa ramai?
  • Peralatan atau kelengkapan yang paling disukai.

Pada dasarnya, ruang dapur perlu dirawat lebih intensif berbanding ruang-ruang lain di kediaman. Terutama kedudukan dinding, kabinet dan tingkap pada ruang dapur perlu diberi lebih perhatian kerana kesannya amat ketara. Contohnya apabila memasak, wap air dan minyak akan meninggalkan kesan kotoran pada permukaan dinding sekiranya tidak dijaga.

Berikut adalah beberapa tip ubah suai ruang dapur untuk anda yang bercitarasa tinggi dan inginkan kediaman tampil hebat dan menarik.

  • Bagi pemilik yang gemar dan kerap memasak, ada baiknya mewujudkan kaunter seperti bar di tengah-tengah ruang atau memilih susun atur dapur berbentuk pulau. Kehadiran kaunter begini mampu bertindak sebagai tempat makan dan minum serta penyediaan bahan memasak dengan lebih selesa. Dapur yang bersatu dengan ruang makan merupakan alternatif terbaik untuk kediaman berkeluasan terhad.

  • Pemilihan warna dan rekaan yang bersesuaian juga mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan sesebuah dapur. Pilihlah gabungan warna yang serasi dan sesuai dengan kedudukan serta keluasan ruang dapur anda.

  • Dari aspek reka bentuk pula, anda perlu melihat keluasan ruang terlebih dahulu. Gaya dan konsep dapat diilhamkan setelah keluasan dikenalpasti. Meskipun keluasan adalah terhad, andai anda bijak merekabentuk, ruang dapur tampil lebih luas dan selesa.

  • Penggunaan warna biru dan warna-warna semulajadi menampilkan suasana lebih dinamik. Berada di dapur yang praktikal begini, pemilik akan berasa selesa kerana jalinan biru dan warna semulajadi ternyata dapat menyembunyikan kesan kotoran yang melekat pada dinding dapur atau bahagian memasak. Sekiranya ruang makan dan dapur digabungkan, pilihan rona terang seperti jingga pastinya dapat merangsang selera makan anda sekeluarga.

  • Pemilihan material juga perlu disesuaikan dengan gaya dan citarasa yang ingin ditampilkan. Pastikan anda memilih jenis material yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Memandangkan dapur sebagai ruang yang paling penting dalam kediaman, ketelitian dan penjagaan yang rapi mampu memastikan kebersihan dan keselesaan kepada pemiliknya.

Dapur & Feng Shui

Selain mendapatkan khidmat profesional, amalan feng shui turut dapat membantu membentuk sebuah dapur yang sempurna dan seimbang.

  • Menurut teori yin dan yang, kedudukan peti sejuk atau sinki tidak boleh berada dalam kedudukan bertentangan dengan dapur kerana diramal menimbulkan konflik pada unsur air (yin) dan unsur api (yang).

  • Kedudukan dapur sebaiknya mengikut horoskop pemilik kediaman. Tapi secara amnya, adalah lebih baik kedudukan dapur berada pada arah selatan atau timur yang lebih kepada unsur api. Elakkan kedudukan kabinet pada bahagian hujung sesuatu ruang. Pastikan juga dapur tidak bertentang dengan bilik air kerana diramalkan kedudukan dua bilik adalah tidak sesuai.

  • Sebaliknya dapur bagi restoran dan kedai kopi pula tidak sepatutnya berada pada arah selatan dan arah utara


Catatan Admin : Artikel ni bg idea juga pd sy wlpn tak 100% tp boleh la amik mana yang seswai kan..perhatian juga gambar kitchen dan meja makan tersebut adalah hiasan semata2..kang korang serbu umah sy, tengok ader dapo kayu jerk...hahahaha..tapi sy suke konsep dapo tu white and black..nampak exclusive sangat dan very practical..siap leh guling2 kat dapor..kalu cenggini tido kat dapo pown ok..

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP