Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Saturday, November 28

Produk Pengguna dan Makanan yang Signifikan Mendatangkan Kanser.


1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah).

Seperti yang kita ketahui, biasanya sate dibakar menggunakan arang, ternyata di sinilah awal penyakit kanser tersebut bermula. Kerana sate tersebut dibakar menggunakan arang yang mengandungi zat karbon, maka pada makanan tersebut sebetulnya ikut juga karbon dari hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkan kanser.

Tetapi tidak usah takut, bagi Anda pengemar makanan tersebut dapat mengatasinya dengan memakan timun, kerana sate yang dibakar tersebut mengandung zat karsinogen (penyebab kanser) dan timun mempunyai anti karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.

Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. Shampoo xxx Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak".

Dalam pada itu, Sabun xxx & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang- kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang
doktor.

Beberapa tahun lalu, cerita mengenai seorang pelakon, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.

Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA ( Syarikat Penerbangan Indonesia) yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera.

Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.

Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Read more...

Friday, November 27

Bagaimana Memilih Beg atau Tas Tangan yang Sesuai Dengan Anda?

Beg adalah suatu keperluan semasa dan peribadi. Kamu memerlukan sebuah beg lebih dari sekadar bergaya, kerana keperluannya menjangkaui memudahkan pergerakan kamu dalam apa saja aktiviti, samada bekerja, beriadah atau keluar bersiar-siar bersama si dia.

Tapi awas, jika kamu peka dan mengikuti trend terkini, pastikan kamu tidak terpengaruh dengan sebarang fesyen terkini yang ditonjolkan, kerana pemilihan yang sesuai penting untuk mengelakkan kamu dilabel sebagai mangsa fesyen (fashion victim) !

...kerana pemilihan yang sesuai penting untuk mengelak dilabel mangsa fesyen (fashion victim) !

Berikut beberapa ciri semasa yang perlu kamu teliti sebelum memiliki sebuah beg idaman yang melengkapkan ciri keperluan dan gaya kamu.

  • Pastikan kamu teliti dalam rekaan beg idaman. Bermaksud, tidak semestinya semua trend dan fesyen sesuai dengan bentuk fizikal dan gaya anda.
  • Sebelum mula membeli, fikirkan semula gaya hidup, majlis dan tempat yang bakal kamu hadiri agar beg kamu memenuhi citarasa gaya hidup dan suasana sekeliling.
  • Pastikan kamu memiliki koleksi beg dari himpunan warna coklat, hitam dan putih kerana koleksi ini bersesuaian pada sebarang majlis dan juga di sepanjang tahap hidup kamu, dari remaja hingga berusia.
  • Jangan membeli beg yang terlalu banyak fungsi atau berpoket (lebih dari 3poket) jika kamu mempunyai lengan yang agak besar. Ini kerana beg sebegini membuatkan lengan kamu kelihatan lebih besar dari ukuran sebenar. Satu lagi, elak menggalas beg pada bahagian ketiak, sebaiknya jinjing beg tangan itu.
Amat tidak kurang penting, walau dalam apa jua keadaan kamu bersama beg idaman, jangan bawa banyak barangan keperluan yang berharga dan sentiasa berhati-hati semasa menggayakan beg kamu.

Bergaya tanpa ciri keselamatan adalah kesalahan paling besar dalam berfesyen !

Read more...

Dengarnya... Rupa saja kacak tetapi kaki busuk!

Ni jumpe lagi artikel pasal busuk...asyik busuk je dan yang paling sadis asyik lelaki je busuk...pompuan tu wangi sangat ker??ok..ilex2...jap g i godek2 ader tak citer pompuan berbau...sabar k...kali ni cerita dari wartawan sensasi Normah Becok...so layannnnnn jela...ala2 fara fauzana. Njoy!!





CIK Normah selalu menetapkan pendirian jangan menilai kandungan buku dari luarannya saja atau orang putih cakap, don't judge a book by its cover. Fizikal yang cantik tak semestinya dilengkapi hati budi yang baik dan begitulah sebaliknya.

Perihal yang Cik Normah maksudkan itu ada kaitan dengan cerita yang disampaikan teman sepejabat Cik Normah. Lucunya, teman sepejabat Cik Normah itu bukan dari meja hiburan, sebaliknya dari meja jenayah. Tapi cerita yang ingin dikongsinya tiada kaitan dengan isu jenayah, sebaliknya mengenai seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik.

Pelakon ini pernah memenangi pertandingan pencarian lelaki kacak sebuah majalah gaya hidup remaja. Tak dinafikan populariti pelakon ini semakin meledak sejak kebelakangan ini apabila diberi peranan penting dalam sebuah drama aksi.

Berbalik kepada cerita yang dibisikkan teman sepejabat ke telinga Cik Normah. Baru-baru ini pelakon itu menghadiri sebuah uji bakat terbuka untuk sebuah iklan ubat gigi. Ia diadakan di sebuah studio berhawa dingin. Belum ramai yang datang 憁enyerbu uji bakat itu, tiba-tiba tak semena-mena datang bau semerbak yang kurang menyenangkan.

Panel agensi mencari model itu turut dihadiri seorang mat salih dan di antara mereka masing-masing kehairanan dari mana bau itu datang. Sementara itu, pelakon tadi yang badannya boleh tahan sasa membuka kasut sukannya dan membiarkan saja stokin itu terus bersarung di kakinya.

Barangkali juga kaki pelakon itu keletihan, maka dia pun membuka kasut. Nak dijadikan cerita, kaki berstokin pelakon itu terkena mat salih yang Cik Normah sebutkan tadi. Daripada insiden itulah, terjawab dari mana datangnya bau busuk itu.

Di kalangan panel agensi itu, mereka mula tertawa dengan apa yang terjadi kepada mat salih itu. Ada di antara mereka berbisik, harap muka saja kacak, tapi kebersihan dan penjagaan dalaman diabaikan saja. Kasihan juga Cik Normah diberitahu tanpa sempat diuji bakat, pelakon itu akhirnya ditolak serta-merta daripada meneruskan uji bakat.

Nampaknya, ini menjadi pengalaman buruk dan perit buat pelakon itu. Cik Normah yakin, mesti pelakon itu terpaksa bermuka tebal dengan apa yang terjadi. Dalam hati pelakon itu mesti malu yang amat. Haa... siapa suruh tak jaga betul-betul kebersihan.

Cuba sebelum uji bakat itu, ganti stokin baru. Ini tidak, dipakainya stokin yang entah berapa hari tidak berganti. Buat pelakon itu, cuba letak stokin itu di dalam kolam ikan. Silap hari bulan, mati keras ikan-ikan yang ada di dalam kolam itu.

Cik Normah diberitahu memang pelakon itu sejak zaman kolejnya memang jarang mandi sebab nak jaga kedudukan rambutnya itu yang ala pelakon Korea dan Jepun. Cik Normah paling pantang dengan orang yang tidak menjaga kebersihan. Cik Normah bab menjaga kebersihan dan penampilan memang tak pernah diabaikan. Selepas mandi saja, Cik Normah akan pastikan berbau harum dengan seleksi haruman pilihan.

Buat pelakon itu, Cik Normah bukan berniat nak membuka aib atau bau pekung stokin awak itu, sebaliknya sekadar memberi peringatan. Awak itu sudah jadi orang popular dan figura awam, bukan setakat kena pandai jaga peribadi, bab penjagaan diri pun kenalah jaga juga.


Catatan Admin : Siapakah artis berkenaan...sila teka..tapi kalu salah sy tanak tanggung dosa uols k...siapa pun die, itu adalah sesuatu yang biasa terjadi pada sesiapa saje...dah kaki nak berbau nak wat cemaner...ader tu siap basuh kaki setiap minit...stokin tukar tetiap hari tapi totap berbau...masalah jugak tu...ok..pd yg bermasalah ni ader solution kalu nak ilangkan bau kaki (klik sini)...hope dapat membantu...

Read more...

Hensem Tapi Badan Bau Busuk


Salam sejahtera,

Perkongsian pada kali ini, mungkin pernah terjadi kepada anda...Ia nya dari sumber internet...kredit kepada empunya tulisan...akak memang slumber badak..i like....^-^


----

Lunch semalam akak telah merempit ke syarikat insuran
nak renew roadtax...lepas sattle sume perut lapar lak...
al maklum lah perut besar cam labu ni harus isi ketika ia
telah berbunyi uolss...teringat lah pulak kat sebalah
bangunan tu ade kedai makan...so akak ape lagi catwalk ala2
supermodel trus pi sane...

lauk banyak dah habis tp ade gak lah yang tinggal..
then akak trus ternampak asam pedas ikan pari..
lauk baru panas lak tu..feveret ni ollss..
ape lagi dengan segera akak menyudu ala2 platipus
dan cari tempat untuk membedal semua nasi td...

akak nampak port baik punya ..satu tempat kosong...
sebelah meja couple yang pakwe dia hemsem giler...
harus lah duk situ kan..leh lah akak makan sambil hembus2
mandrem kat pakwe ensem tu...mane lah tau pakwe dia
akan beralih arah pada akak yang cantek ala2
wan chik daudni...then amik tempat and trus nak mula makan..
sebelum doa makan sempat jugak akak doa supaya akak
bertemu jodoh dengan mamat ensem sebelah meja akak ni...
oooo giteww sempat nak celah bedah ni...

then akak mula membedal nasi tu.
.tetiba hidung akak bau lain macam je...
ape yang bau sial sangat ni..
bau cam tapai yang di gaul dengan ikan masin...
korang bayang kan lah...busuk sial...akak cari2...
then akak tengok pakwe makwe sebelah akak ni siap makan bersuap2..
awek dia x lah lawa mane..kalau di bandingkan dengan akak..
cantek lagi akak...raut wajah dia seolah2 salah cetakkan nya..
mesti mak dia mengandung dulu suka mengata muka orang tu...
tu pasal muka pompaun tu warok...(nada jelous) ..
sambil makan tu angin bertiup sepoi2 bahasa gitew...


oh tuhan..bau ape ni...rupanya bau badan mamat ensem td...
akak rase bau dia fuyoooo mmg azap..cam bau tapai campur ikan masin
then korang makan lepas tu korang cirit..bau tu lah...busukkkk...
akak ngok leh plak makwe dia tu terkepit2 tersengol2 ngan mamat tu...
.dasar pompuan desperate..mesti ko pikir..biarlah ketiak or bau badan busuk...
janji ensem....ko mmg najis ok...tu ah dia kalau bercinta..
bau ketiak busuk pun leh jadi bau Raplh loren gitew...


akak rase bau busuk dia tu leh buat orang mati..
muka je ensem tp pengotor n x jaga penampilan langsung...
dr akak bagi markah 100 td akak trus tolak jadi -5000....
tu dia..fail habis lah..pompuan tu bongok agaknya...
akak ingat akak je bau..
rupanya semua orang ngah makan kat situ pun perasan...
trus akak x abis makan...bangun n basuh tangan...

waktu akak basuh tangan tu ade sorang akak tu basuh tangan gak..
dia cakap kat akak " adik duk kat sebalah budak berdua tu yer...
x bau busuk ke..kuat betul bau badan dia..macam bau bangla"...
lantas akak menjawab.." akak tak tau ker saya hampir termeninggal td..."
...akak tu gelak bagai nak gila dengar jawapan akak...
hanjeng tul akak ni tau...cover gelak sikit ok..
dah lah gigit akak tu rongakl sebatang...opsss

akak cadangkan mamat ni dijadikan perisai utama untuk
memerangi israel lah..bawak pi israel..then suruh dia kepak2kan
tangan dia cam burung..pasti bau dia merebak keseluruh israel..
mau mampus semua israel tu ok....

ape lagi dah bau cam tu akak bangun and lalu sebelah mamat tu ...
akak cakap "..eee busuk betul...macam bau cirit"..
then mamat tu pandang akak slek je..mampus lah....
dah mmg ko busuk..akak cuma bercakap benar je...

nota kaki: tapi mamat tu kalau di berus, di sental.
di hempok2, direndam ngan klorox ngan softlan setahun tu..
mau elok jadinya tu...sayang sayang...(tetap kan nak jugak.)


-----------------

Catatan Admin : Sian akak tu kan..naye je terpakse benti makan gara2 bau yang tak menyenangkan tu. Membazir tu...hehehe...kalu anda sumer ade masalah yang same ngan mamat ensem tu bolehla klik sini untuk dapatkan solution berkaitan bau badan nie...

Read more...

Seks 30 Minit Sudah Mencukupi

Ada yang mungkin menjawab sejam, setengah jam atau mungkin juga 15 minit. Sememangnya jawapan sebegini sudah dijangkakan. Tempoh masa melakukan hubungan seks suami isteri sememangnya berbeza. Sebenarnya berapa lamakah tempoh waktu untuk melakukan hubungan seks? Cukupkan 1 jam , 2 jam, 3 jam , setengah jam atau kurang?

Jika tempoh masa ideal melakukan hubungans ekas 1 jam atau lebih pastinya ramai yang tidak sanggup. Kepenatan bekerja, menguruskan rumah tangga, tentu membuatkan ramai yang tak rela menyerah diri kepada pasangan . Apatah lagi zaman sekarang bukan lagi suami yang bekerja, bahkan isteri pun sama-sama bekerja bagi meringankan bebanan ekonomi keluarga.

Asal Masing-Masing Puas

Menurut kajian yang dilakukan oleh pusat kesihatan di Amerika Syarikat, rata-rata pasangan suami isteri melakukan hubungan seksual sekitar tempoh setengah jam. Tempoh setengah jam atau kurang dari itu , dikatakan sudah cukup memadai dan ideal untuk melakukan hubungan seksual. Kajian ini juga disokong oleh pendapat pakar seksologi yang menyatakan bahawa , hubungan seks sebenarnya tidak memerlukan waktu yang lama. Paling penting ialah kualiti hubungan seks dan bukannya kuantiti masa yang lama.

Bagaimanapun masih ramai yang tidak percaya bahawa hubungan seks itu masih boleh dinikmati dalam masa 30 minit. Hubungan sesingkat itu dikatakan tidak boleh memberikan kepuasan kepada pasangan dan dianggap sebagai seks yang tidak sihat. Ia sekadar hanya untuk melaksanakan kewajipan dan tidak lebih dari itu.

Sebenarnya berlaku kekeliruan disini. Hubungan seks yang dilakukan kurang dari setengah jam sudah cukup untuk membuatkan isteri / pasangan berasa puas. Sekiranya kepuasan seksual tidak mampu diraih dalam waktu kurang dari setengah jam, ia menandakan bahawa baik suami atau isteri menghadapi masalah dalam menikmati seks.

Rangsangan yang mencukupi buat pasangan membolehkan seseorang itu mendapat kepuasan seks dalam masa yang singkat. kecuali jika suami ataupun isteri mempunyai masalah dingin seks, mati pucuk dan masalah seksual yang lain.
Bagi setiap hubungan seks yang dilakukan, pasangan suami isteri sudah mampu mencapai kepuasannya dalam masa kurang 30 minit . Wanita atau isteri pula harus mendapat orgasma dalam masa kurang 30 minit. Jika tidak maka ada sesuatu yang tidak kena pada diri atau hubungan seksual yang dilakukan.. untuk itu raihlah orgasma anda dalam waktu kurang dari 30 minit.

Ereksi Pagi Tanda Suami Sihat

Sebahagian besar lelaki akan mengalami ereksi di pagi hari meskipun tidak dirangsang oleh isteri. Jangan menganggap ada yang tidak kena, dan jangan risaukan perkara tersebut. Itu menunjukkan suami anda sihat. Pakar mengungkap bahawa ereksi dipagi hari merupakan petanda bahawa hormon seks iaitu testosteron yang dikeluarkan di malam hari masih tersisa dipagi hari. Bersyukurlah suami anda masih mempunyai hormon ini.

Ini kerana hormon inilah yang membuatkan golongan lelaki ghairah secara seksual. Jika hormon ini kurang, ghairah juga secara automatik akan menurun, kemampuan ereksi pun surut dan suami juga mungkin tidak mencapai tahap kesihatan yang optimum. Kekurangan hormon tersebut disebut hipogonadis. Selain ghairah seks akan menurun, kualiti hidup juga akan berkurangan secara keseluruhan. Disamping penyakit yang banyak mendekati diri suami.


Catatan Admin : Terpulang lah kat ekau laki bini...asalkan due2 happy

Read more...

Untuk Berjaya, Anda MESTI Buat 2 Perkara!

Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire Amerika Syarikat.

Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:


Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR

Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!


Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalamannya sebagai seorang usahawan yang bermula sejak dari peringkat bawah hinggalah menjadi seorang billionaire minyak.

“Wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty”

Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amat mencabar. Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty.

Beliau tidak mengenal erti putus asa. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh.

Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi dan semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar dipadamkan, serta keberanian, usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi akhirnya membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan.

Beliau juga telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.

Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa:
Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib.
Untuk mencapai kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani mencapainya dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa.


Sumber Rujukan : Taidin Suhaimin

Read more...

Wednesday, November 25

Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc

Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.



Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!



Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!




Catatan Admin : Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!




Sumber Rujukan : UGMC

Read more...

Saya Sangat Kurang Yakin Pada Diri


Semasa di Universiti dahulu saya menghadapi keadaan di mana kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri. Saya berasa kecil, kurang pandai dan kurang bergaya berbanding rakan-rakan sekuliah.

Apa yang saya lakukan atau cakap seolah-olah salah dan saya lebih suka berdiam diri dan menjadi seorang yang penyenyap. Saya rasakan pasti rakan sekuliah saya tidak perasan kewujudan saya dalam bilik kuliah tersebut...sedih jugak...Dan rasa rendah diri ini juga saya kira penyebab kepada kemerosotan saya dalam pelajaran...begitu teruk kan? Namun, saya bersyukur kerana perkara ini tidak berlangsung seumur hidup saya kerana apabila memasuki alam ala-ala perkerjaan (latihan industri) saya mendapat keyakinan saya semula.

Apa pencetus atau motivasi yang menyebabkan saya berubah 360 deg nie?

Semuanya kerana saya mula mengubah penampilan diri saya sesuai dengan tuntutan kerja yang mahukan pekerja kemas dan bergaya. Melihat kepada penampilan baru saya timbul "motivasi semulajadi"...ramai yang menyapa saya bertanyakan itu dan ini dan secara automatiknya saya berbual-bual dengan mereka siap bertepuk tampar lagi...dan yang melucukan saya siap ada "secret admirer" lagi kat tempat latihan industri tu.

Di tempat kerja ini saya dikenali sebagai seorang yang sangat ringan mulut...semua orang saya tegur, ia seolah-olah satu kepuasan bagi diri saya...dikenali dan mengenali.....ahhh..perasaan yang terlalu indah. Dari situ saya mula explore potensi yang ada dalam diri saya...saya bergaya, cantik, bijak, boleh berkomunikasi dengan semua peringkat, komited pada kerja dan paling penting saya sangatlah ramahnya....

Apabila kembali ke Universiti setelah 6 bulan membuat latihan industri, ramai rakan-rakan yang perasan perubahan saya....lebih bergaya dan ringan mulut. Saya kira ramai yang sudah kenal nama saya walaupun tak semuanya kerana dah nak habis sem dah pun...tak kisahla...Pada akhir semester saya mendapat keputusan cemerlang berbanding semester lepas2...syukur...daripada apa yang saya alami saya mula sedar akan keajaiban keyakinan pada diri sendiri.

Dan saya faham kepada kebanyakan orang yang mempunyai masalah yang sama..saya turut bersimpati dan nasihat saya berubahlah secepat yang mungkin....it's better late then never..buatla anjakan paradigma untuk kemajuan diri sendiri. You Can Do It...!!!




Di sini saya kongsi beberapa panduan terhadap masalah yang sama2 kita hadapi...hope dapat membantu anda semua.


Pengertian Keyakinan

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.


Kepentingan Membina Keyakinan Diri


Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.



Jenis-Jenis Keyakinan


Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

  • Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
  • Keyakinan terhadap diri sendiri
  • Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  • Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan


Punca-punca Utama Tidak Yakin Pada Diri

  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri

  • Kurang senyum
  • Risau dan kelihatan risau
  • Gugup dan kelihatan gugup
  • Kurang berinteraksi
  • Malas bekerja atau berusaha
  • Bersikap meminta-minta
  • Mudah putus asa
  • Suka gossip dan mengumpat
  • Defensif dan pemarah
  • Mudah berbohong


Keajaiban Keyakinan Diri


"Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang."



Sumber Rujukan: UGMC



Catatan Admin : Di sini saya sertakan video berkaitan cara mengatasi keyakinan diri yang disampaikan oleh mativator terkenal Dato Dr Fadzilah Kamsah..Njoy dan semoga anda lebih yakin..anda boleh!!!


Tips Mengatasi Kurang Keyakinan Diri

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP