Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Monday, November 23

Lagu yang Memotivasikan Hari-hariku

Ada kalanya saya sering menghadapi mood yang tidak menentu, terutamanya apabila apa yang sy rancang pada awal, pada akhirnya tidak seperti yang saya harapkan. Saya tak suka langsung diri saya dipengaruhi oleh situasi begini, so apabila mood swing saya tiba, sy akan bukak B-Q ( nama manje laptop sy…^-^) then sy akan pasang lagu2 yang mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri sy semula.




Lagu-lagu seperti I believe I can fly, Hero, Gemilang nyanyian Jac, We are the Champion, lagu wonderpet pown boleh “apa yang penting..KERJASAMA!!! =) dan sebagainya amat bagus untuk didengar.. Apabila sy dengar lagu-lagu ni naik bulu roma…eh..naik semula semangat dan self-esteem sy…hebat kan kuasa muzik? Dalam islam pun muzik di bolehkan kerana ia adalah salah satu daripada cabang seni namun islam telah menggariskan beberapa panduan agar umat manusia ini tidak melampaui batasan yang dibenarkan agama. Manusia adalah makluk yang dibekalkan oleh Allah SWT dengan perasaan, tabiat dan kecenderungan semulajadi yang sudah menjadi fitrah kejadian manusia.


Jiwa dan perasaan manusia perlu disahut kehendak-kehendaknya sebagaimana manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badannya. Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak menyebabkan kehidupan tidak tenteram. Islam telah mengiktiraf hak-hak batin manusia melalui firman Allah Taala:




“... Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”

Ali Imran : 14




Disini saya compile kan 20 lagu kegemaran saya untuk dikongsi bersama anda semua. Carilah lagu2 ni kat youtube. Berlambak2 dengan pelbagai versi dan penyanyi..




  • Gemilang – Jac
  • Hero – Mariah Carey
  • I Will Survive – Gloria Gaynor
  • When You Believe – Mariah Carey/ Whitney Houston
  • I Believe I Can Fly – R. Kelly
  • We Are the Champions – Queen
  • We Will Rock You – Queen
  • I’ve Got the Power – Snap
  • It’s My Life – Bon Jovi
  • Affirmation – Savage Garden
  • Beautiful Day– U2
  • Eye of the Tiger – Survivor
  • Chariots of Fire – Vangelis
  • The Final Countdown – Europe
  • What a Wonderful World – Louis Armstrong
  • I Can See Clearly Now – Johnny Nash
  • Lovely Day – Bill Withers
  • Walking On Sunshine – Katrina and the Waves
  • Live Like You Were Dying – Tim McGraw
  • You Gotta Be - Des’ree


p/s : Lagi satu lagu yang selalu saya nyanyi bile boring adalah lagu rasmi sekolah rendah dulu….uihhhh…catchy dan bersemangat, tu yang still ingat lirik die sampai la ni dah tua…gigi pun dah tinggal 2 batang jer…kui..kui..


Saya tinggalkan anda dengan 2 vid (motivation and inspiration songs) that’ll keep you guys REFRESH!!!! Njoy =)….








1 Sharing is Sexy:

tratemarq Monday, January 18, 2010 2:01:00 PM  

motivasi penguat jiwa...teringat lg waktu2 saya susah dl..,

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP