Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Wednesday, November 25

Langkah Bestari Suami Mithali (Part 2)



Siri Kedua : Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang
tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP