Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Friday, November 27

Bagaimana Memilih Beg atau Tas Tangan yang Sesuai Dengan Anda?

Beg adalah suatu keperluan semasa dan peribadi. Kamu memerlukan sebuah beg lebih dari sekadar bergaya, kerana keperluannya menjangkaui memudahkan pergerakan kamu dalam apa saja aktiviti, samada bekerja, beriadah atau keluar bersiar-siar bersama si dia.

Tapi awas, jika kamu peka dan mengikuti trend terkini, pastikan kamu tidak terpengaruh dengan sebarang fesyen terkini yang ditonjolkan, kerana pemilihan yang sesuai penting untuk mengelakkan kamu dilabel sebagai mangsa fesyen (fashion victim) !

...kerana pemilihan yang sesuai penting untuk mengelak dilabel mangsa fesyen (fashion victim) !

Berikut beberapa ciri semasa yang perlu kamu teliti sebelum memiliki sebuah beg idaman yang melengkapkan ciri keperluan dan gaya kamu.

  • Pastikan kamu teliti dalam rekaan beg idaman. Bermaksud, tidak semestinya semua trend dan fesyen sesuai dengan bentuk fizikal dan gaya anda.
  • Sebelum mula membeli, fikirkan semula gaya hidup, majlis dan tempat yang bakal kamu hadiri agar beg kamu memenuhi citarasa gaya hidup dan suasana sekeliling.
  • Pastikan kamu memiliki koleksi beg dari himpunan warna coklat, hitam dan putih kerana koleksi ini bersesuaian pada sebarang majlis dan juga di sepanjang tahap hidup kamu, dari remaja hingga berusia.
  • Jangan membeli beg yang terlalu banyak fungsi atau berpoket (lebih dari 3poket) jika kamu mempunyai lengan yang agak besar. Ini kerana beg sebegini membuatkan lengan kamu kelihatan lebih besar dari ukuran sebenar. Satu lagi, elak menggalas beg pada bahagian ketiak, sebaiknya jinjing beg tangan itu.
Amat tidak kurang penting, walau dalam apa jua keadaan kamu bersama beg idaman, jangan bawa banyak barangan keperluan yang berharga dan sentiasa berhati-hati semasa menggayakan beg kamu.

Bergaya tanpa ciri keselamatan adalah kesalahan paling besar dalam berfesyen !

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP