Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, November 24

Terkini : Wabak H1N1

CYBERJAYA: Situasi wabak Influenza A (H1N1) di negara ini stabil berbanding beberapa negara lain seperti di hemisfera utara termasuk beberapa negara Eropah, China dan Jepun yang ketika ini mengalami gelombang kedua.

Pengarah Pengarah Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Margaret Chan, berkata faktor kestabilan itu didorong kecekapan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan yang mengendalikan wabak berkenaan dengan baik.

“Saya tidak tahu faktor kestabilan ini, mungkin disebabkan keadaan geografi atau cuaca di negara ini atau kecekapan kementerian tetapi situasi di Malaysia amat stabil terutama dari segi bilangan kes."

“Tetapi negara di hemisfera utara seperti China, Jepun, beberapa negara di Eropah dan Asia Tengah, bilangan kes meningkat ketara dan mendadak. Berdasarkan pengalaman WHO setiap kali wabak itu memasuki sesebuah negara, ia akan mengambil masa lapan hingga 12 minggu untuk meningkat sebelum keadaan kembali reda,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan Pusat Perkhidmatan Global WHO (GSC/WHO) di sini, semalam.“Saya juga meminta kerjasama doktor dan hospital swasta supaya sentiasa mendapat dan mengemas kini maklumat terkini daripada kementerian dan mengendalikan wabak ini secara bersepadu demi kebaikan semua rakyat di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun Margaret berkata, Malaysia perlu sentiasa bersedia menghadapi gelombang kedua walaupun tiada peningkatan ketara bilangan kes yang berlaku di negara ini.

“Negara ini mempunyai sistem yang bagus, malah usaha menangani gelombang pertama wabak ini dilaksanakan amat cemerlang dan berdasarkan pengalaman itu, saya yakin Kementerian Kesihatan boleh mengendalikan wabak ini dengan baik sekiranya berlaku gelombang kedua.

Selain itu, Margaret meminta media memainkan peranan masing-masing menyampaikan maklumat mengenai H1N1 dari semasa ke semasa supaya rakyat boleh mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri dan keluarga, sekali gus menangani penularan wabak itu.

Menurutnya, ketika ini 30 juta rakyat dunia sudah disuntik dengan vaksin H1N1 yang dihasilkan 25 pengeluar dari negara maju dan membangun.

+++Harian Metro, 24 Nov '09


0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP