Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, November 24

Culik kanak-kanak 2 tahun

SUBANG JAYA: Kanak-kanak dua tahun, Siti Nordiana Abu Hussin yang dilarikan pembantu rumah warga Indonesia dari rumah ibu bapanya di Shah Alam, kelmarin ditemui dalam keadaan selamat oleh seorang pekerja restoran di Chow Kit, pada hari sama. Ketika ditemui di Balai Polis Subang Jaya di sini, malam tadi, Tasiyem Sanmurni, 43, berkata beliau menemui Siti Nordiana apabila dibawa pembantu rumah itu ke restoran tempatnya bekerja kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.



Haslinda Danamik mencium anaknya Siti Nordiana
sambil diperhatikan Abu Hussin di Balai Polis Subang Jaya, semalam.



“Selepas kedua-dua mereka makan, saya bertanya wanita berusia lingkungan 50-an itu (pembantu rumah) ke mana mereka hendak pergi dengan membawa dua beg pakaian pada waktu petang seperti itu.


“Wanita itu memberitahu hendak ke Melaka dan saya mendesaknya bermalam dulu di rumah saya di Chow Kit kerana hari sudah hampir gelap,” katanya membuat tawaran itu kerana mengesyaki sesuatu apabila wajah kanak-kanak berkenaan sangat berbeza daripada pembantu rumahnya.


Ketika di rumahnya, Tasiyem mendesak wanita itu menceritakan perkara sebenar dan dia akhirnya mengaku lari dari rumah majikannya di Batu 3 Shah Alam dengan membawa anak mereka. Tasiyem kemudian memarahi pembantu rumah Indonesia itu kerana melarikan anak majikan dan memaksanya memulangkan kembali kanak-kanak itu kepada ibu bapanya semalam.


“Saya kemudian bawa kedua-dua mereka menaiki komuter ke Batu 3 Shah Alam, namun gagal menemui rumah ibu bapanya dan kami berhenti rehat di sebuah warung berhampiran kawasan itu kira-kira jam 2.30 petang. "Tidak lama selepas itu, wanita Indonesia terbabit tiba-tiba bangun dan melarikan diri. Saya kemudian meminta pemilik warung membantu mencari rumah kanak-kanak itu sebelum menghubungi polis,” katanya.

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP