Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, November 24

Menjadi Ibubapa yang HEBAT!!

Apakah jenis-jenis gaya keibubapaan?

Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya seperti yang dinyatakan di bawah:




1) Berwibawa (Authoritative)


  • Ibu bapa tegas dan boleh mengawal keadaan
  • Sedia mendengar pandangan anak
  • Boleh bertolak ansur jika perlu
  • Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan
  • Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring umur dan sosial mereka


2) Mengabaikan atau cuai (Neglecting)


  • Ibu bapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.
  • Ibu bapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka.


3) Memanjakan (Indulgent)


  • Ibu bapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.

  • Kurang menetapkan batasan terhadap anak.


4) Kuku besi Authoritarian)


  • Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak
  • Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak
  • Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.


Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?



1. Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibu bapa yang berwibawa adalah ibu bapa yang:


- Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.


- Berinteraksi secara positif, di samping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.



- Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.



2. Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.




Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?



1. Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak



2. Meningkatkan rasa harga diri anak



3. Menggalakkan disiplin diri anak



4. Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri



5. Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak



6. Membantu anak mempunyai kawalan diri.




Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?



1. Merendahkan rasa harga diri anak



2. Anak gagal mempunyai sikap asertif



3. Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang



4. Perhubungan antara ibu bapa dan anak menjadi kurang mesra



5. Anak yang kerap memprotes secara melampau




Catatan Admin:

So..apakah gaya keibubapaan kita? Kalu lebih kepada negatif, hope kita sama2 buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kita baiki gaya keibubapaan kita sebab anak2 sekarang lain dengan zaman mak bapa kita dulu...silap sikit protes, merajuk..lari rumah...ish..ish...


0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP