Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Wednesday, November 25

Saya Sangat Kurang Yakin Pada Diri


Semasa di Universiti dahulu saya menghadapi keadaan di mana kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri. Saya berasa kecil, kurang pandai dan kurang bergaya berbanding rakan-rakan sekuliah.

Apa yang saya lakukan atau cakap seolah-olah salah dan saya lebih suka berdiam diri dan menjadi seorang yang penyenyap. Saya rasakan pasti rakan sekuliah saya tidak perasan kewujudan saya dalam bilik kuliah tersebut...sedih jugak...Dan rasa rendah diri ini juga saya kira penyebab kepada kemerosotan saya dalam pelajaran...begitu teruk kan? Namun, saya bersyukur kerana perkara ini tidak berlangsung seumur hidup saya kerana apabila memasuki alam ala-ala perkerjaan (latihan industri) saya mendapat keyakinan saya semula.

Apa pencetus atau motivasi yang menyebabkan saya berubah 360 deg nie?

Semuanya kerana saya mula mengubah penampilan diri saya sesuai dengan tuntutan kerja yang mahukan pekerja kemas dan bergaya. Melihat kepada penampilan baru saya timbul "motivasi semulajadi"...ramai yang menyapa saya bertanyakan itu dan ini dan secara automatiknya saya berbual-bual dengan mereka siap bertepuk tampar lagi...dan yang melucukan saya siap ada "secret admirer" lagi kat tempat latihan industri tu.

Di tempat kerja ini saya dikenali sebagai seorang yang sangat ringan mulut...semua orang saya tegur, ia seolah-olah satu kepuasan bagi diri saya...dikenali dan mengenali.....ahhh..perasaan yang terlalu indah. Dari situ saya mula explore potensi yang ada dalam diri saya...saya bergaya, cantik, bijak, boleh berkomunikasi dengan semua peringkat, komited pada kerja dan paling penting saya sangatlah ramahnya....

Apabila kembali ke Universiti setelah 6 bulan membuat latihan industri, ramai rakan-rakan yang perasan perubahan saya....lebih bergaya dan ringan mulut. Saya kira ramai yang sudah kenal nama saya walaupun tak semuanya kerana dah nak habis sem dah pun...tak kisahla...Pada akhir semester saya mendapat keputusan cemerlang berbanding semester lepas2...syukur...daripada apa yang saya alami saya mula sedar akan keajaiban keyakinan pada diri sendiri.

Dan saya faham kepada kebanyakan orang yang mempunyai masalah yang sama..saya turut bersimpati dan nasihat saya berubahlah secepat yang mungkin....it's better late then never..buatla anjakan paradigma untuk kemajuan diri sendiri. You Can Do It...!!!




Di sini saya kongsi beberapa panduan terhadap masalah yang sama2 kita hadapi...hope dapat membantu anda semua.


Pengertian Keyakinan

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.


Kepentingan Membina Keyakinan Diri


Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.



Jenis-Jenis Keyakinan


Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

  • Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
  • Keyakinan terhadap diri sendiri
  • Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  • Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan


Punca-punca Utama Tidak Yakin Pada Diri

  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri

  • Kurang senyum
  • Risau dan kelihatan risau
  • Gugup dan kelihatan gugup
  • Kurang berinteraksi
  • Malas bekerja atau berusaha
  • Bersikap meminta-minta
  • Mudah putus asa
  • Suka gossip dan mengumpat
  • Defensif dan pemarah
  • Mudah berbohong


Keajaiban Keyakinan Diri


"Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang."



Sumber Rujukan: UGMC



Catatan Admin : Di sini saya sertakan video berkaitan cara mengatasi keyakinan diri yang disampaikan oleh mativator terkenal Dato Dr Fadzilah Kamsah..Njoy dan semoga anda lebih yakin..anda boleh!!!


Tips Mengatasi Kurang Keyakinan Diri

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4



0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP