Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Tuesday, November 24

Tip Elak Anak Jadi Mangsa Culik, Ragut dan Bunuh!!

Tajuk posting kali ini rasanya amat relevan dengan situasi negara kita sekarang yang mana kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi dari hari ke sehari. Kanak-kanak juga tidak terlepas dari menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut ini. Berita kehilangan adik Mawi, Sharlinie, arwah Nurin Jazlin dan ramai lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa culik cukup mengharukan dan juga meresahkan kita sebagai ibubapa.

".......ingatkan bibik nak bawak jalan-jalan....."

Terbaru kisah adik siti Nurdiana yang diculik oleh pembantu rumahnya sendiri. Apalah yang adik ni tahukan...ingatkan bibik nak bawak jalan-jalan rupa-rupanya nak men'culik'. Sebagai ibubapa atau orang dewasa kita bertanggungjawab untuk memberi panduan dan maklumat kepada anak-anak agar mereka selalu waspada terhadap orang sekeliling terutamanya orang yang mereka baru atau tidak kenali. Di sini, saya kongsikan tips untuk mengelakkan anak-anak menjadi mangsa culik, ragut dan bunuh...!!
(kredit pada siti..(^-^) )..


1) Peraturan Sentuhan
  • Tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit anda kecuali untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Tiada sesiapa yang boleh menyuruh anda memegang bahagian sulit anggota badan mereka
  • Sekiranya anda berasa keliru atau tidak selesa dengan cara orang lain membuat sentuhan cakap dengan jelas penolakan anda...katakan TiDAK, atau LARI
  • Beritahu kepada orang dewasa yang anda percayai


2) Katakan TIDAK!!

Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.


3) Nombor Telefon

Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.


4) Pakai Pakaian Berwarna Cerah

Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.


5) Jerit Untuk Minta Bantuan

Sekiranya ada orang menarik anda menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.


6) Sentiasa Berteman

Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan diri anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP