Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Monday, November 23

Eeewww...!!! Badan Kamu Berbau?

Masalah badan berbau memang merunsingkan, malah kadang-kadang masalah bau badan ini membuatkan si penderita berasa kurang selesa dan kurang keyakinan diri untuk bersosial bersama teman dan yang lebih malang lagi jika si penderita sebenarnya tidak menyedari bahawa bau badannya berbau sehinggalah kawan disekeliling memberitahunya....tapi isu badan berbau ni agak sensitif, macam mana ye nak tegur kawan2 yang mempunyai masalah badan berbau??? Adakah kamu dalam kategori orang yang mempunyai bau badan yang tengik? Atau bahasa mudahnya busuk dan masam? Jom saya bantu anda semua memahami apa itu bau badan, gejala dan cara untuk mengatasinya and plus petua orang dolu2....hope membantu ye...


"si penderita sebenarnya tidak menyedari bahawa bau badannya berbau sehinggalah kawan disekeliling memberitahunya....tapi isu badan berbau ni agak sensitif, macam mana ye nak tegur kawan2 yang mempunyai masalah badan berbau??? "


Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari



Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan

Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi

Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?

  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?

Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:

  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

Petua Dolu2:

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan samada untuk mengurangkan atau menghilangkan bau badan;

  • Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
  • Ambil limau nipis atau limau purut, dibelah dua dan tenyehkan pada kawasan bermasalah. Biar sekejap dalam 2-3 minit then basuh. Amalkan selalu sampai bau yang kurang disenangi tu hilang.
  • Ambil hampas teh yang telah digunakan, kemudian gosokkan hampas teh tadi pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

Selamat Mencuba dan moga2 bau badan kita sentiasa wangi seterusnya mengembalikan keyakinan diri kita dan orang lain...


Catatan Admin : Memang terseksa bila badan berbau ni...lagi tersekse orang yang mencium bau-bauan yang tak menyenangkan dan tambah2 seksa bila org bau badan ni tak perasan badan die berbau......cemaner yerk nak tegur? De Idea? Tetambah yang berbau tu bos kite.....uihhh...dah jadi isu sensitif ni...so, pada yg bermasalah lakukan sesuatu terhadap bau badan anda dan yang nak menegur tu, tegur dengan berhemah k..jangan dengan teguran tu merenggangkan hubungan korang sudah......seperti biasa ader pandangan luahkan di sini...Njoy!!

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP