Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Friday, November 27

Dengarnya... Rupa saja kacak tetapi kaki busuk!

Ni jumpe lagi artikel pasal busuk...asyik busuk je dan yang paling sadis asyik lelaki je busuk...pompuan tu wangi sangat ker??ok..ilex2...jap g i godek2 ader tak citer pompuan berbau...sabar k...kali ni cerita dari wartawan sensasi Normah Becok...so layannnnnn jela...ala2 fara fauzana. Njoy!!





CIK Normah selalu menetapkan pendirian jangan menilai kandungan buku dari luarannya saja atau orang putih cakap, don't judge a book by its cover. Fizikal yang cantik tak semestinya dilengkapi hati budi yang baik dan begitulah sebaliknya.

Perihal yang Cik Normah maksudkan itu ada kaitan dengan cerita yang disampaikan teman sepejabat Cik Normah. Lucunya, teman sepejabat Cik Normah itu bukan dari meja hiburan, sebaliknya dari meja jenayah. Tapi cerita yang ingin dikongsinya tiada kaitan dengan isu jenayah, sebaliknya mengenai seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik.

Pelakon ini pernah memenangi pertandingan pencarian lelaki kacak sebuah majalah gaya hidup remaja. Tak dinafikan populariti pelakon ini semakin meledak sejak kebelakangan ini apabila diberi peranan penting dalam sebuah drama aksi.

Berbalik kepada cerita yang dibisikkan teman sepejabat ke telinga Cik Normah. Baru-baru ini pelakon itu menghadiri sebuah uji bakat terbuka untuk sebuah iklan ubat gigi. Ia diadakan di sebuah studio berhawa dingin. Belum ramai yang datang ĉ†enyerbu uji bakat itu, tiba-tiba tak semena-mena datang bau semerbak yang kurang menyenangkan.

Panel agensi mencari model itu turut dihadiri seorang mat salih dan di antara mereka masing-masing kehairanan dari mana bau itu datang. Sementara itu, pelakon tadi yang badannya boleh tahan sasa membuka kasut sukannya dan membiarkan saja stokin itu terus bersarung di kakinya.

Barangkali juga kaki pelakon itu keletihan, maka dia pun membuka kasut. Nak dijadikan cerita, kaki berstokin pelakon itu terkena mat salih yang Cik Normah sebutkan tadi. Daripada insiden itulah, terjawab dari mana datangnya bau busuk itu.

Di kalangan panel agensi itu, mereka mula tertawa dengan apa yang terjadi kepada mat salih itu. Ada di antara mereka berbisik, harap muka saja kacak, tapi kebersihan dan penjagaan dalaman diabaikan saja. Kasihan juga Cik Normah diberitahu tanpa sempat diuji bakat, pelakon itu akhirnya ditolak serta-merta daripada meneruskan uji bakat.

Nampaknya, ini menjadi pengalaman buruk dan perit buat pelakon itu. Cik Normah yakin, mesti pelakon itu terpaksa bermuka tebal dengan apa yang terjadi. Dalam hati pelakon itu mesti malu yang amat. Haa... siapa suruh tak jaga betul-betul kebersihan.

Cuba sebelum uji bakat itu, ganti stokin baru. Ini tidak, dipakainya stokin yang entah berapa hari tidak berganti. Buat pelakon itu, cuba letak stokin itu di dalam kolam ikan. Silap hari bulan, mati keras ikan-ikan yang ada di dalam kolam itu.

Cik Normah diberitahu memang pelakon itu sejak zaman kolejnya memang jarang mandi sebab nak jaga kedudukan rambutnya itu yang ala pelakon Korea dan Jepun. Cik Normah paling pantang dengan orang yang tidak menjaga kebersihan. Cik Normah bab menjaga kebersihan dan penampilan memang tak pernah diabaikan. Selepas mandi saja, Cik Normah akan pastikan berbau harum dengan seleksi haruman pilihan.

Buat pelakon itu, Cik Normah bukan berniat nak membuka aib atau bau pekung stokin awak itu, sebaliknya sekadar memberi peringatan. Awak itu sudah jadi orang popular dan figura awam, bukan setakat kena pandai jaga peribadi, bab penjagaan diri pun kenalah jaga juga.


Catatan Admin : Siapakah artis berkenaan...sila teka..tapi kalu salah sy tanak tanggung dosa uols k...siapa pun die, itu adalah sesuatu yang biasa terjadi pada sesiapa saje...dah kaki nak berbau nak wat cemaner...ader tu siap basuh kaki setiap minit...stokin tukar tetiap hari tapi totap berbau...masalah jugak tu...ok..pd yg bermasalah ni ader solution kalu nak ilangkan bau kaki (klik sini)...hope dapat membantu...

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP