Related Posts with Thumbnails
Buy Tupperware

Sunday, November 22

Wabak Taun

Negara baru-baru ini dikejutkan dengan penularan wabak taun di Terengganu. Punca wabak ini telah dikenalpasti berpunca daripada sejenis bakteria baru daripada kumpulan Vibrio Cholera. Kuman taun yang pertama kali dikesan di Malaysia itu tersebar melalui ikan yang diimport daripada Thailand dan ia banyak digunakan dalam perusahaan keropok negeri itu. Wabak ini telah menyerang seramai 145 mangsa...banyakkan...betapa cepat dan pantas sekali wabak taun ini menyerang mangsa.


Wabak berlaku apabila ramai orang di dalam masyarakat setempat anda menghidap penyakit yang sama pada masa yang sama.


Info Vibrio Cholera
  • Mula ditemui pada 1854 oleh Filippo Pacini
  • Berbentuk rod melengkung dan mempunyai flagellum berkutub
  • Menjangkiti usus dan meningkatkan pengeluaran lendir sehingga menyebabkan cirit-birit dan muntah serta kematian jika tidak dirawat
  • Bakteria ini boleh dipindahkan melalui najis atau orang yang telah dijangkiti
  • Risiko tinggi terhadap mereka yang minum air kotor atau makan makanan tercemar
Tanda-tanda jangkitan :

  • Cirit-birit berterusan serta muntah dengan teruk
  • Najis cair dan berwarna
  • Selepas beberapa jam diserang, otot kejang terutama dipergelangan kaki dan perut
  • Tekanan darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung

Langkah-langkah pencegahan :

  • Minum air yang dimasak dengan sempurna
  • Makan makanan yang baru dimasak dan masih panas. Elakkan makanan yang terdedah dan mentah
  • Kupas kulit buah-buahan sebelum dimakan
  • Bersihkan botol susu dan bekas makanan bayi dengan air yang bersih
  • Gunakan air yang bersih ketika mencuci sayur-sayuran, buah-buahan, bahan mentah dan alat-alat hidangan
  • Tudung semua makanan dan minuman
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum menyediakan, menghidang atau memakan makanan dan selepas ke tandas
  • Gunakan tandas yang bersih dan selamat
  • Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih bila makan di luar
  • Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan hapuskan tempat penbiakan lalat, lipas dan tikus
  • Pastikan sumber air seperti telaga dan perigi bersih dan selamat digunakan
  • Dapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Kesihatan

Semoga info di atas memberi pengetahuan kepada kita semua..yang penting kene jaga kebersihan diri, keluarga dan persekitaran kita agar sentiasa bersih, ok...

0 Sharing is Sexy:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP